JASIN, 13 Feb (Bernama) -- Polis telah mengenal pasti identiti lima mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin Supt Mohamad Rusli Mat berkata mangsa dikenali Laila Fathinah Mustapa, 37, dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13, Izz Daffa Hafizuddin, 7, Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4.
Beliau berkata suami mangsa yang terselamat dalam kebakaran itu dikenali sebagai Muhammad Khairuddin Sa’ari, 35.
"Muhammad Khairuddin cuba menyelamatkan ahli keluarganya namun pergerakan terbatas akibat patah kaki selepas terbabit kemalangan bulan lepas.
"Kesemua jenazah dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA