AM

Banjir Sabah Pulih, PPS Terakhir Di Kinabatangan Ditutup Malam Ini

16/02/2025 10:55 PM

KOTA KINABALU, 16 Feb (Bernama) -- Bencana banjir di Sabah kini pulih dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir Sekolah Kebangsaan Sukau di Kinabatangan, ditutup secara rasmi pada malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu 54 orang daripada 13 keluarga yang ditempatkan di PPS itu, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Keputusan ini dibuat selaras dengan cadangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinabatangan dan pemantauan agensi berkaitan di kawasan terlibat.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang memberi kerjasama semasa bencana banjir ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2393139