PASARAN

Niaga Hadapan Emas Susut Berikutan Kelesuan Minat

17/02/2025 08:33 PM

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah berikutan minat pasaran terus melesu.

Seorang penganalisis berkata selain itu, pelabur telah mengambil keuntungan selepas logam itu disokong ke atas selama dua hari, didorong oleh permintaan aset selamat di tengah-tengah kebimbangan mengenai perang tarif.

Kontrak Februari 2025 berkurangan kepada US$2,913.60 setiap auns troy daripada US$2,932.20 yang disaksikan pada Jumaat lepas, manakala kontrak Mac 2025 jatuh kepada US$2,920.70 berbanding US$2,939.30 sebelumnya.

Kontrak  April, Mei serta Jun 2025 menurun kepada US$2,929.00 setiap auns troy daripada US$ 2,946.70.

Jumlah dagangan menyusut kepada 17 lot daripada 48 lot, manakala kepentingan terbuka menyempit kepada 74 kontrak berbanding 104 sebelum ini.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 14 Februari lepas, emas fizikal berharga US$2,921.25 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2393494