KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya rendah dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.40 pagi, Februari 2025 dan September 2025 merosot 0.5 mata masing-masing kepada 1,577.5 dan 1,550.5, manakala Jun jatuh satu mata kepada 1,560.5, bagaimanapun Mac 2025 naik 0.5 mata kepada 1,557.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,139 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,029 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI melonjak 3.73 mata kepada 1,581.40 selepas 45 minit dagangan.
-- BERNAMA