JENAYAH & MAHKAMAH

PGA Rampas Mercun Bernilai Lebih RM100,000 Di Bachok

27/02/2025 10:53 PM

KOTA BHARU, 27 Feb (Bernama) --  Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas pelbagai jenis mercun dianggar bernilai RM114,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Rendang, Gunong, Bachok, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata dalam serbuan pada 11 malam itu, anggota pasukan turut menahan seorang lelaki berusia 30 tahun disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran mercun.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menemukan puluhan kotak berisi pelbagai mercun di dalam rumah itu.

"Lelaki berkenaan berserta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2397480