PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

03/03/2025 11:05 AM

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 10.14 pagi, Mac 2025 meningkat 15.0 mata kepada 1,557.0, April 2025 naik 17.5 mata kepada 1,559.5, Jun 2025 menambah 16.0 mata kepada 1,561.5 dan September 2025 menokok 17.5 mata kepada 1,549.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,291 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,840 kontrak.

Pada 10.22 pagi, FBM KLCI naik 0.75 mata kepada 1,575.45 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2398291