BEIJING, 10 Mac (Bernama-CMG) -- China berjaya melancarkan sebuah satelit ujian teknologi komunikasi ke angkasa dengan menggunakan roket pembawa Long March-3B di Pusat Pelancaran Satelit Xichang yang terletak di provinsi Sichuan, barat daya China pada 1.17 awal pagi Isnin.
Satelit tersebut kemudian berjaya memasuki orbit yang dijadualkan dan akan digunakan untuk pengesahan teknologi komunikasi satelit multi-band dan kelajuan tinggi.
Untuk rekod, misi ini merupakan penerbangan kali ke-562 bagi roket pembawa siri Long March.
-- BERNAMA-CMG