Pengarah Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Rosnani Hasham@Hisam menunjukkan produk ubat gigi mesra kanak-kanak tanpa fluorida berasaskan nanas dikenali sebagai 'AnanaShine' di IBD UTM di sini, baru-baru ini.
Menurut Rosnani penghasilan produk itu memanfaatkan sumber semula jadi yang banyak di Johor sekali gus mengurangkan pembaziran nanas.
Rosnani yang juga ketua penyelidik projek berkata nanas dipilih kerana keunikan komposisinya yang mengandungi bromelain bertindak sebagai enzim proteolitik, membantu menguraikan plak dan sisa protein serta lembut pada enamel gigi.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA