Bekas Mufti Johor, Datuk Seri Dr Nooh Gadot, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1447H/2025M dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
-- fotoBERNAMA (2025) HAKCIPTA TERPELIHARA
Tokoh Maal Hijrah, Datuk Dr. Ghazali Ahmad, menunjukkan trofi dan plak yang diterimanya pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah (kiri) berkenan bersalaman dengan jemaah sempena Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah di Masjid Zahir hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (tengah) dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud (dua, kiri) berkenan berangkat menghadiri Sambutan Maal Hijrah 1447 Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri, hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA