Bekas pembantu tadbir sebuah pejabat Felda, Nurul Syafiha Awang Za, dipenjara tiga bulan dan didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang khairat kematian melebihi RM41,000, tujuh tahun lepas.
Hakim Sazlina Safie memerintahkan hukuman penjara ke atas Nurul Syafiha, 36, berkuat kuasa dari tarikh dia disabitkan.
Ibu kepada tiga anak itu turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA