DUNIA

Ribut Nor’easter Landa Pantai Timur AS Membawa Angin Kencang Dan Ombak Tinggi

13/10/2025 06:54 PM

FLORIDA, AS, 13 Okt (Bernama-Anadolu) -- Ribut nor’easter yang melanda kawasan timur laut Amerika Syarikat terus bergerak di sepanjang Pantai Timur pada Isnin, membawa angin kencang dan ombak besar, lapor Anadolu Ajansi.

Di Florida, pasukan penyelamat mengeluarkan amaran di Taman Lighthouse Point di bandar pesisir Ponce Inlet apabila laut menjadi bergelora akibat ribut.

Beberapa penduduk dan pelawat masih dilihat berada di taman untuk menyaksikan ombak yang menghempas pantai sekalipun amaran telah dikeluarkan,.

--BERNAMA-ANADOLU

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2478351