DUNIA

Cameroon Umum Keputusan Pilihan Raya Presiden Pada 27 Okt

23/10/2025 03:43 PM

YAOUNDE, 23 Okt (Bernama-Xinhua) -- Majlis Perlembagaan Cameroon pada Rabu mengumumkan bahawa keputusan pilihan raya presiden negara itu akan diumumkan pada Isnin, iaitu 15 hari selepas pengundian dijalankan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut majlis berkenaan, keputusan undian daripada keseluruhan 31,653 pusat mengundi akan dibacakan dalam satu majlis yang disiarkan secara langsung dari ibu negara, Yaounde, sebelum pemenang rasmi diumumkan.

Pilihan raya presiden di negara Afrika Tengah itu telah diadakan pada 12 Okt lalu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 

KEYWORDS
    
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2482005