JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Sahkan Kejadian Pelajar Perempuan Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

31/10/2025 10:03 PM

SHAH ALAM, 31 Okt (Bernama) -- Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan tingkatan satu sebuah sekolah di daerah ini, cedera selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mengsa mengalami luka di dahi serta kaki dan dilaporkan berada dalam keadaan sedar dan stabil.

“Ya, ada kejadian pelajar perempuan tingkatan satu jatuh semalam dari tingkat satu sekolah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata kes di siasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2485877