DUNIA

CIIE Ke-8 Labuh Tirai Di Shanghai

11/11/2025 03:10 PM

SHANGHAI, 11 Nov (Bernama-CMG) -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi kelapan melabuhkan tirainya di Shanghai pada Isnin.

Ekspo selama enam hari itu menarik penyertaan 4,108 syarikat dari 138 negara dan wilayah, menyaksikan peningkatan dari segi ruang pameran serta jumlah peserta berbanding tahun sebelumnya.

Sebanyak 461 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu ditampilkan untuk penganjuran kali ini, termasuk 201 daripadanya membuat penampilan sulung di peringkat global, merangkumi industri seperti biofarmaseutikal, peralatan teknikal, serta teknologi hijau dan rendah karbon.

Untuk rekod, CIIE 2025 meraih kontrak bagi tempoh setahun dalam bentuk surat hasrat bernilai US$83.49 bilion, meningkat 4.4 peratus berbanding tahun lalu.

Sementara itu, Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao edisi kelapan yang merupakan antara komponen utama CIIE, memberi tumpuan kepada isu perdagangan, kerjasama, rantaian perindustrian dan sebagainya.

Acara berkenaan dihadiri lebih 400 tokoh terkemuka daripada kalangan ahli politik, perniagaan dan akademik, menyaksikan sebanyak 20 hasil atau inisiatif berjaya dicapai.

-- BERNAMA-CMG

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2489456