AM

Dua Remaja Dilaporkan Hilang Di Cameron Highlands Ditemukan Selamat

20/11/2025 07:40 PM

KUANTAN, 20 Nov (Bernama) -- Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands pada Isnin lepas ditemukan selamat hari ini. 

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata Nurul Syuhada Mohd Faizal,15, dan rakannya Nur Damia Qaisyara Mohamad Sayuti,14, dikesan di rumah kenalan di Pokok Sena, Kedah pagi tadi.

Beliau berkata dua remaja itu dalam keadaan baik dan selamat pulang ke pangkuan keluarga. 

“Terima kasih kepada semua yang peka dan membantu serta bekerjasama dengan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua remaja itu yang dilaporkan hilang pada I7 Nov selepas menerima laporan kehilangan pada Selasa.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2493188