JENAYAH & MAHKAMAH

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

23/11/2025 12:24 PM

TANGKAK, 23 Nov (Bernama) -- Seorang operator kilang kerugian RM72,175 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan kiriman bungkusan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata wanita berusia 59 tahun itu mula terperdaya selepas ditawarkan bungkusan hadiah kononnya mengandungi wang USD195,000 daripada seorang individu yang dikenalinya menerusi Facebook.

"Mangsa yang berminat dengan tawaran itu kemudiannya melakukan 12 transaksi pembayaran ke satu akaun bank berjumlah RM72,175 menggunakan wang simpanannya pada Jumaat dan semalam. 

“Bagaimanapun, mangsa menyedari telah ditipu apabila merujuk hal berkenaan kepada keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita itu membuat laporan polis semalam dan kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

KEYWORDS
     
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2494095