AM

Banjir: Pejabat JPN Bachok, Tumpat Ditutup Sementara

23/11/2025 02:16 PM

KOTA BHARU, 23 Nov (Bernama) -- Operasi pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) daerah Bachok dan Tumpat ditutup buat sementara waktu bermula hari ini berikutan banjir.

JPN memaklumkan orang ramai yang mempunyai urusan berkaitan jabatan itu diminta hadir ke cawangan berdekatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) dan korporat JPN Negeri Kelantan melalui talian 09-7441717/09-7482793. Operasi semula pejabat yang terkesan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut JPN dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2494113