KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
Pada penutup dagangan, kontrak November 2025 merosot satu mata kepada 1,616.5 dan Disember 2025 berkurangan dua mata kepada 1,618.0 serta Mac 2026 dan Jun 2026, masing-masing menurun 1.5 mata kepada 1,600.5 dan 1,604.0.
Jumlah dagangan naik kepada 38,960 lot daripada 27,359 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 85,271 kontrak daripada 68,120 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 7.04 mata atau 0.43 peratus kepada 1,611.74 daripada 1,618.78 semasa ditutup semalam.
-- BERNAMA