KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.18 pagi, kontrak November 2025 dan Mac 2026, masing-masing merosot 2.0 mata kepada 1,614.5 dan 1,606.0 manakala Disember 2025 berkurangan 3.0 mata kepada 1,620.5.
Kontrak Jun 2026 kekal mendatar pada 1,613.5.
Jumlah dagangan sebanyak 2,830 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 51,373 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 2.52 mata selepas 37 minit dagangan kepada 1,614.94 daripada 1,617.46 pada Khamis.
-- BERNAMA