AM

KPM Lanjut Tempoh Pengisian Data Hingga 5 Dis, Tingkatkan Pengoperasian Sistem MOEIS

28/11/2025 10:49 AM

PUTRAJAYA, 28 Nov (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan tempoh pengisian data Pentaksiran Bilik Darjah dalam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) hingga 5 Dis depan.

Menurut kenyataan KPM, pihaknya prihatin mengenai kesukaran yang dihadapi guru-guru berkait dengan penggunan sistem itu.

KPM memaklumkan pemantauan berterusan terhadap MOEIS melalui platform Application Performance Monitoring (APM) mendapati berlakunya kesesakan serta peningkatan jumlah akses pengguna terhadap Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu.

“Justeru, KPM telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh pengisian data Pentaksiran Bilik Darjah (Pentaksiran Berterusan dan Ujian Akhir Sesi Akademik), SEGAK & BMI 5-9T dan j-QAF hingga 5 Dis,” menurut kenyataan itu.

KPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengoperasian MOEIS bagi membantu memudahkan tugas guru selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara.

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai MOEIS boleh dikemukakan menerusi talian hotline 03-8884 3736 atau menggunakan system ICT Service Desk (ISD) di pautan https://isd.moe.gov.my/.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2496345