PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

01/12/2025 07:35 PM

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan sentimen menghindari risiko menguasai pasaran, dengan para pelabur beralih kepada logam berharga itu menjelang potensi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) penghujung bulan ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dijadual berlangsung minggu depan.

Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,175.30 setiap auns troy daripada US$4,172.60, manakala Januari 2026 naik kepada US$4,191.20 daripada US$4,188.50 setiap auns troy.

Kontrak Februari, April, Jun dan Julai 2026 turut ditutup lebih tinggi pada US$4,207.50 setiap auns troy berbanding US$4,204.80 sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 53 lot daripada 51 lot pada Khamis lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 135 kontrak daripada 181 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$4,191.05 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 28 Nov, 2025.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2497666