KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Urus niaga saham Malpac Holdings Bhd di Bursa Malaysia akan digantung mulai 9 Dis 2025.
Bursa Malaysia melalui pekeliling penyenaraiannya berkata Malpac telah gagal mengemukakan cadangan pelan regularisasi kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk kelulusan dalam tempoh masa yang dilanjutkan iaitu pada 28 November 2025.
Dilaporkan bahawa Malpac telah memohon lanjutan untuk mengemukakan pelan regularisasinya kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan meminta lanjutan selama 12 bulan sehingga 28 November 2026.
-- BERNAMA