KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio dalam Kabinet Kerajaan MADANI.
Beliau mengumumkan perkara itu di Putrajaya berikutan kekosongan dalam Kabinet dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian.
“Ini supaya Kabinet dapat bekerja sebagai satu pasukan, menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan masalah rakyat.
“Saya hanya akan umumkan menteri-menteri yang ditukarkan portfolio dan pelantikan baharu sahaja. Yang kekal atau lama tidak akan saya umumkan,” katanya di sini hari ini.
Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung di stesen televisyen termasuk Bernama TV, serta pada platform media sosial termasuk Facebook rasmi Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
-- BERNAMA