NEW DELHI, 16 Dis (Bernama-Xinhua) --- Sekurang-kurangnya 126 penerbangan dibatalkan pada Selasa apabila jarak penglihatan terhad terus menjejaskan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi, ibu negara India, untuk hari kedua berturut-turut, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Seorang pegawai Delhi International Airport Limited berkata sebanyak 49 penerbangan berlepas dan 77 penerbangan tiba dibatalkan di lapangan terbang itu berikutan kabus tebal dan jarak penglihatan yang terhad pada waktu pagi.
Sementara itu, Lapangan Terbang Delhi turut mengeluarkan nasihat kabus pada awal pagi Selasa, memberi amaran kepada penumpang mengenai kemungkinan kelewatan dan gangguan perjalanan.
Menurut laporan media, ratusan penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan pada Isnin apabila jerebu tebal menyelubungi ibu negara India dan kawasan sekitarnya.
--BERNAMA-XINHUA