JENAYAH & MAHKAMAH

Pesara Rugi RM88,000 Ditipu ‘Phone Scam’

20/12/2025 09:10 AM

"Suspek meminta mangsa membayar sejumlah wang bagi menyelesaikan kes tersebut untuk mengelak ditangkap. 

"Mangsa yang panik telah membuat beberapa kali transaksi berjumlah RM88,000 ke nombor akaun berbeza dari 4 Dis hingga Khamis lepas, menggunakan wang Tabung Haji dan simpanan milik isterinya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata untuk mengelak dikesan, suspek juga mengarahkan mangsa supaya mengoyak resit bank kononnya atas faktor keselamatan.

Mangsa hanya menceritakan kejadian itu kepada isterinya selepas membuat pembayaran terakhir.

"Isteri mangsa yang menyedari ditipu menasihatkan suaminya membuat laporan polis pada 9.01 malam tadi kerana bimbang akan keselamatan diri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2504695