JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Kesan Remaja Lelaki Tidak Pulang Rumah

23/12/2025 10:22 PM

NIBONG TEBAL, 23 Dis (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai telah keluar dari rumahnya di sini sejak Ahad lepas (21 Dis) dan belum pulang hingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata remaja lelaki, berkenaan bernama Mohamad Arishh dan berbangsa India Muslim.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai remaja tersebu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sjn Surianah Jamlan di talian 04-5858222 atau 014-8696851," katanya dalam kenyataan malam ini.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2505718