KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- China akan melanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia sehingga 31 Dis 2026, menurut satu notis yang dikongsi oleh Kedutaan China di Malaysia di Facebook.
Notis itu menyatakan bahawa bagi visa kemasukan tunggal, jumlah yuran adalah RM104 untuk perkhidmatan biasa, RM246 bagi perkhidmatan ekspres dan RM324 bagi perkhidmatan segera.
Bagi visa kemasukan dua kali, jumlah yuran adalah RM119 untuk perkhidmatan biasa, RM261 bagi perkhidmatan ekspres dan RM339 bagi perkhidmatan segera.
Untuk visa kemasukan berulang kali bagi tempoh enam bulan, jumlah yuran adalah RM141 bagi perkhidmatan biasa, RM283 bagi perkhidmatan ekspres dan RM361 bagi perkhidmatan segera.
Sementara itu, bagi visa kemasukan berulang kali selama 12 bulan, jumlah yuran adalah RM171 untuk perkhidmatan biasa, RM313 bagi perkhidmatan ekspres dan RM391 bagi perkhidmatan segera.
Mengenai tempoh pemprosesan am, notis itu menyatakan empat hari bekerja diperlukan bagi perkhidmatan biasa, tiga hari bagi perkhidmatan ekspres dan dua hari bagi perkhidmatan segera.
Kedutaan itu turut memaklumkan bahawa bagi sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa China (Kuala Lumpur) di talian 0060-389663925 (hari bekerja: 13.00 hingga 17.00) atau e-mel ke klcentre@visaforchina.org.
-- BERNAMA