AM

Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Beroperasi Semula

30/12/2025 08:53 PM

PUTRAJAYA, 30 Dis (Bernama) -- Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dibuka semula pada 7.30 malam ini selepas pemeriksaan keselamatan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) memaklumkan menerusi Facebook operasi penerbangan di lapangan terbang itu diteruskan semula dan kini berjalan seperti biasa.

“Penumpang dinasihatkan menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing untuk maklumat terkini penerbangan," menurut MAHB.

Terdahulu, operasi di lapangan terbang berkenaan dihentikan sementara berikutan isu keselamatan berkaitan landasan.

Pemeriksaan dan penilaian oleh pihak berkuasa penerbangan dilakukan sebelum kebenaran untuk pembukaan semula diberikan.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim merupakan gerbang udara utama ke Kedah dan Perlis yang mengendalikan penerbangan komersial domestik serta operasi penerbangan ketenteraan.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2507457