AM

KKM Nafi Klinik Kesihatan Tidak Lagi Terima Pesakit Walk-in

01/01/2026 04:30 PM

PUTRAJAYA, 1 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan bahawa fasiliti Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit walk-in, atau jumpa terus, seperti yang tular di media sosial.

KKM memaklumkan walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit walk-in tetap disediakan khususnya bagi kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi. 

"Pesakit tanpa janji temu tetap dilayan namun perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu," menurut kementerian itu dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Menurut KKM, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama.

"KKM amat memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu," menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2507936