DUNIA

Zelenskyy Umum Perubahan Kepimpinan Kementerian Pertahanan Ukraine

03/01/2026 02:00 PM

KYIV, 3 Jan (Bernama-Xinhua) -- Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata pada Jumaat bahawa Timbalan Perdana Menteri Pertama Mykhailo Fedorov, akan dilantik sebagai menteri pertahanan baharu, menggantikan Denys Shmyhal, lapor Xinhua.

“Saya telah memutuskan untuk mengubah format kerja Kementerian Pertahanan Ukraine. Saya mencadangkan Mykhailo Fedorov untuk menjadi menteri pertahanan baharu Ukraine,” kata Zelenskyy dalam ucapannya.

Beliau menyatakan bahawa Fedorov terlibat secara mendalam dalam isu berkaitan dron dan telah bekerja dengan sangat berkesan dalam pendigitalan perkhidmatan serta proses kerajaan.

“Bersama semua anggota tentera kita, kepimpinan ketenteraan, pengeluar senjata nasional dan rakan-rakan Ukraine, kita mesti melaksanakan perubahan dalam sektor pertahanan yang akan membantu,” kata Zelenskyy.

Terdahulu pada hari yang sama, Zelenskyy melantik Ketua Perisikan Pertahanan, Kyrylo Budanov, sebagai ketua baharu pejabat presiden. Oleh Ivashchenko pula menggantikan Budanov sebagai ketua perisikan pertahanan yang baharu.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2508396