DUNIA

Helikopter Dengan Empat Individu Terhempas Di Arizona

03/01/2026 06:22 PM

MOSCOW, 3 Jan (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Sebuah helikopter terhempas di kawasan pergunungan berhampiran Phoenix di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS), dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, menurut pihak berkuasa AS, lapor Sputnik RIA Novosti.

Helikopter persendirian itu terhempas kira-kira 11 pagi waktu tempatan pada Jumaat, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS seperti dipetik oleh ABC News.

FAA yang menjalankan siasatan bersama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), memaklumkan terdapat empat individu berada di dalam helikopter berkenaan.

Pejabat Syerif Daerah Pinal, juga dipetik oleh ABC News, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dan pasukan penyelamat sedang berusaha untuk memasuki lokasi nahas yang terletak di kawasan pergunungan berhampiran Telegraph Canyon. Setakat ini, tiada kecederaan disahkan.

-- BERNAMA-SPUTNIK RIA NOVOSTI

KEYWORDS
    
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2508488