AM

Kementerian Komunikasi Buka Pusat Media Sempena PRK Kinabatangan, Lamag

09/01/2026 10:27 AM

KINABATANGAN, 9 Jan (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membuka pusat media sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kota Kinabatangan Simpang Batu 8, Jalan Bukit Garam, Kinabatangan itu akan mula beroperasi esok hingga 24 Jan, dari 9 pagi hingga 7 malam.

“Para pengamal media diundang untuk menggunakan kemudahan yang disediakan serta mendapatkan maklumat di pusat media berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi penyelaras Pusat Media PRK Parlimen P187 Kinabatangan dan Dewan Undangan N58 Lamag Dr Diana Dominic di talian 019-8516868 atau Kanjana Jaga Nadan di talian 014-9305026.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis lepas.

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2510499