KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi sahabat lamanya yang juga bekas Perdana Menteri Afghanistan Gulbuddin Hekmatyar, yang kini sedang menerima rawatan kesihatan di Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Hekmatyar dikurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berterusan.
“Mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan dan keafiatan berterusan, selain dipermudahkan segala urusan perubatan. Insya-Allah,” kata Anwar.
-- BERNAMA