AM

Lereng Bukit Setinggi 20 Kaki Runtuh Di Taman Bukit Teratai Ampang

18/01/2026 01:53 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Lereng bukit setinggi 20 kaki dilaporkan runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang di sini pagi tadi, dipercayai berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 9.19 pagi.

Beliau berkata sebuah jentera bersama enam anggota dan sebuah Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 9.28 pagi didapati berlaku runtuhan tanah pada ketinggian 20 kaki, bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan rumah ataupun mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata bomba kini menjalankan kerja pemantauan di lokasi runtuhan bagi memastikan keadaan selamat dan tidak membahayakan penduduk kawasan berkenaan.

-- BERNAMA



 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2513791