KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan rendah pada awal dagangan Jumaat, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
Pada 9.40 pagi, kontrak-kontrak bulan semasa iaitu Januari 2026 dan Februari 2026 masing-masing susut 1.5 mata kepada 1,714.0 dan 1,718.0, kontrak Mac 2026 turun dua mata kepada 1,698.5 manakala Jun 2026 berkurangan 0.5 mata kepada 1,704.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,439 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,435 kontrak.
Indeks penanda aras FBM KLCI turun 3.20 mata kepada 1,713.94 selepas 45 minit dagangan dijalankan berbanding 1,717.14 pada akhir dagangan semalam.
-- BERNAMA