DUNIA

Raptai Keempat Malam Gala TBC 2026 Anjuran CMG Pamer Kepelbagaian Peradaban Dalam Suasana Harmoni

09/02/2026 05:05 PM

BEIJING, 9 Feb (Bernama-CMG) -- Sesi raptai keempat Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung dengan jayanya pada Ahad.

Keunggulan kebudayaan tradisional China terpahat megah dalam landskap Malam Gala TBC 2026 yang menonjolkan peradaban yang berbeza hidup dalam suasana harmoni.

Untuk perincian, persembahan gabungan empat jenis tarian, iaitu tarian sandal kayu etnik Hani yang berjudul "Injak Lantai Cipta Irama" , tarian etnik Lisu yang berjudul "Achi Mugua" , tarian Flamenco dari Sepanyol dan tarian Legenyes dari kalangan rakyat Hungari, terserlah di pentas yang dinamik.

Sementara itu, sekumpulan selebriti dan artis dari pelbagai negara termasuk Jackie Chan dan Lionel Richie diberi peluang bersama-sama menyanyikan sebuah lagu untuk menyampaikan harapan dan doa-doa semasa sambutan hari raya tradisional.

Menurut laporan, siri jerayawara "Prelud Malam Gala TBC 2026: Persembahan untuk Siaran di Peringkat Global" yang dilengkapi pertunjukan kesenian, sesi pengalaman, pertunjukan adat resam dan jualan produk kreatif, telah dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS), Rusia, Perancis, Itali dan beberapa negara di Afrika sejak akhir-akhir ini, dengan tujuannya menambah kemeriahan pada saat menjelang sambutan TBC 2026.

-- BERNAMA-CMG

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2521876