KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk sesi kedua berturut-turut pada Selasa, sejajar dengan pengukuhan berterusan pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Pada akhir dagangan, kontrak bagi serahan Februari 2026 meningkat kepada US$5,062.40 setiap auns troy daripada US$5,037.70 pada Isnin, manakala kontrak Mac 2026 naik kepada US$5,079.30 setiap auns troy daripada US$5,055.20.
Kontrak April dan Mei 2026 pula masing-masing meningkat kepada US$5,097.00 setiap auns troy berbanding US$5,072.90 sebelum ini.
Kontrak Jun dan Ogos 2026 turut mengukuh, ditutup pada US$5,130.90 setiap auns troy, naik daripada US$5,106.80 pada sesi dagangan sebelumnya.
Jumlah dagangan menyusut kepada sembilan lot daripada 12 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 95 kontrak berbanding 99 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$5,039.55 setiap auns troy, mengikut penetapan tengah hari London Bullion Market Association (LBMA) pada 9 Feb, 2026.
-- BERNAMA