PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

12/02/2026 07:30 PM

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini.

Pada penutupan, kontrak Februari 2026 meningkat tiga mata kepada 1,754.50, manakala Mac 2026, Jun 2026 dan September 2026 masing-masing naik tiga mata kepada 1,733.5, 1,738.5 serta 1,722.5.

Jumlah dagangan lebih rendah pada 7,515 lot berbanding 8,574 lot yang dicatatkan pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 42,200 kontrak daripada 43,707 kontrak.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun sebanyak 5.54 mata kepada 1,750.85 daripada 1,756.39 semalam.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2523330