JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat Bayi Perempuan Ditemukan Di Tandas Taman Rekreasi

13/02/2026 08:53 PM

MELAKA, 13 Feb (Bernama) -- Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemukan di tandas wanita di Taman Rekreasi Bukit Serindit di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mayat bayi itu ditemukan orang awam sebelum memaklumkan polis pada 10.05 pagi.

“Mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis menahan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara sulit membuang mayat bayi.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2523828