DUNIA

Dua Maut, Seorang Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Universiti South Carolina

13/02/2026 09:54 PM

MOSCOW, 13 Feb (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Dua individu maut manakala sekurang-kurangnya seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di kampus Universiti South Carolina di Amerika Syarikat, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik Fox News pada Jumaat.

Insiden itu berlaku pada petang Khamis di kompleks kediaman pelajar Hugine Suites. Pihak universiti mengeluarkan arahan perintah berkurung kampus, manakala Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang South Carolina sedang menjalankan siasatan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2523849