DUNIA

Dhaka Alami Ketenangan Luar Biasa Selepas Pilihan Raya Parlimen

13/02/2026 10:31 PM

DHAKA, 13 Feb (Bernama-UNB) -- Suasana di Dhaka kekal tenang dan sepi di luar kebiasaan sehari selepas pilihan raya umum negara itu, memandangkan suasana cuti masih menyelubungi ibu kota Bangladesh, lapor United News of Bangladesh (UNB).

Laluan utama dan jejambat yang kebiasaannya sesak dengan trafik kelihatan lengang, dengan hanya sebilangan kecil kenderaan dilihat menggunakan jalan raya.

Ketiadaan bas, beca, dan kereta persendirian yang biasanya memenuhi ruang jalan memberikan suasana yang hampir damai kepada landskap bandar itu.

Keadaan sunyi itu berlaku susulan pengisytiharan cuti empat hari sempena pilihan raya, yang membolehkan ramai penduduk melancong ke luar kota atau hanya kekal berada di rumah.

-- BERNAMA-UNB

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2523855