DUNIA

Penggunaan Telegram Berulang Kali Ancam Nyawa Tentera Rusia - FSB

21/02/2026 08:46 PM

MOSCOW, 21 Feb (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Penggunaan aplikasi Telegram oleh tentera Rusia di zon ketenteraan telah berulang kali mengancam nyawa mereka sepanjang tiga bulan lepas, lapor RIA Novosti memetik kenyataan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia.

FSB menyatakan terdapat data yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa angkatan tentera dan perkhidmatan khas Ukraine mempunyai keupayaan untuk memperoleh maklumat daripada Telegram dan menggunakannya bagi tujuan ketenteraan.

"Hasil analisis terhadap Telegram, kami memperoleh data sahih yang menunjukkan bahawa penggunaannya oleh anggota angkatan tentera Rusia di kawasan operasi ketenteraan khas sepanjang tiga bulan lepas telah berulang kali membawa ancaman kepada nyawa anggota tentera," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2526175