Ahli perniagaan yang juga bekas Pengarah Urusan Syarikat V Telecoms Berhad Datuk Ranjeet Singh Sidhu, 56, (tengah) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberi suapan RM8 juta kepada bekas presiden sebuah bank, 14 tahun lepas.
Ranjeet turut berdepan pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan Joint Completion Guarantee sebagai memenuhi syarat kelulusan permohonan pinjaman berjumlah RM400 juta untuk membiayai projek sama, pada masa dan di tempat serupa.
Hakim Rosli Ahmad membenarkan Ranjeet diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan dan menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA