Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah (tiga, kiri) berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Jemaah Menteri dan Perwakilan Asing di Istana Negara. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga, kanan).
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah (tiga, kanan) berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Jemaah Menteri dan Perwakilan Asing di Istana Negara. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan), kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) serta isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga, kiri) dan isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir (dua, kiri).
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Seri Wong Chun Wai (kanan) bersama Ketua Pengarang BERNAMA Arul Rajoo Durar Raj (tengah), Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson (kiri) dan Ketua Pengarah Penyiaran RTM Ashwad Ismail (dua, kanan) hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Jemaah Menteri dan Perwakilan Asing di Istana Negara.
AM
Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri, Perwakilan Asing