JENAYAH & MAHKAMAH

Seorang Lelaki Maut Tertimbus Tanah Runtuh Di Sandakan

11/03/2026 09:14 PM

SANDAKAN, 11 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas maut selepas tertimbus tanah runtuh ketika cuba menghidupkan generator di belakang sebuah hotel, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jimmy Lagung berkata mangsa Agustine Frederick J Lingam, 76, yang juga pekerja hotel itu tertimbus separuh badan. 

"Kejadian berlaku semasa hujan lebat yang menyebabkan berlaku gangguan bekalan elektrik di hotel, mangsa kemudian cuba menghidupkan generator yang terletak di belakang hotel.

"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.39 pagi," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada 7.14 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan. 

Operasi menyelamat ditamatkan pada 8.19 pagi selepas kerja memasang sawar dilakukan dan memastikan tiada lagi bahaya.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2533276