AM

Kelantan Umum 19 Mac Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri

15/03/2026 06:30 PM

KOTA BHARU, 15 Mac (Bernama) -- Kerajaan Kelantan hari ini bersetuju mengisytiharkan 19 Mac (Khamis) ini sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut Syawal dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2534707