AM

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tiga Negeri Hingga 3 Petang

20/03/2026 02:21 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor, Perak dan Sarawak hingga 3 petang. 

MetMalaysia menerusi kenyataan tengah hari ini memaklumkan, kawasan terlibat di Selangor ialah Sabak Bernam, manakala di Perak ialah Bagan Datuk dan Hilir Perak. 

Sementara itu, di Sarawak, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Daro, Matu dan Dalat).

-- BERNAMA 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2536273