DUNIA

Cuba Dilanda Gangguan Bekalan Elektrik Seluruh Negara Kali Kedua Dalam Seminggu

22/03/2026 11:39 AM

HAVANA, 22 Mac (Bernama-Xinhua) -- Sistem elektrik nasional Cuba mengalami gangguan bekalan elektrik sepenuhnya pada Sabtu berpunca daripada kegagalan grid kuasa utama, dengan usaha pemulihan kini sedang dijalankan, lapor Xinhua memetik kenyataan Kementerian Tenaga dan Galian.

"Gangguan sepenuhnya Sistem Elektrik Nasional telah berlaku. Protokol untuk pemulihan sudah mula dilaksanakan," menurut kementerian itu dalam satu hantaran di platform media sosial X.

Ini merupakan kejadian kedua melibatkan kegagalan sepenuhnya grid kuasa di pulau itu dalam tempoh seminggu, susulan gangguan bekalan elektrik di seluruh negara yang serupa pada Isnin.

Negara Caribbean itu sedang bergelut dengan kekangan tenaga yang berterusan akibat infrastruktur yang usang dan kekurangan bahan api, cabaran yang diburukkan lagi oleh sekatan Amerika Syarikat (AS) selama beberapa dekad.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2536592