AM

78 Individu Jalani Perintah Khidmat Masyarakat Semalam - Nga

29/03/2026 01:09 PM

PUTRAJAYA, 29 Mac (Bernama) -- Sebanyak 78 individu menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) atas kesalahan membuang sampah kecil di enam negeri semalam, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata PKM itu dijalankan secara serentak di Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. 

“Perintah khidmat masyarakat ini menumpukan kepada kerja pembersihan menyeluruh merangkumi siar kaki, jalan awam, sistem saliran, tandas awam dan kawasan pantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nga berkata PKM sebahagian daripada strategi penguatkuasaan bersepadu bagi membanteras amalan pembuangan sampah di merata-rata tempat dan jalan awam.

Beliau berkata langkah itu penting kerana tabiat membuang sampah kecil, jika tidak ditangani, boleh menyumbang kepada masalah seperti longkang tersumbat yang menjejaskan keselesaan komuniti setempat dan banjir kilat di kawasan bandar. 

“Jangan kita buang puntung rokok, tisu atau tin minuman di merata-rata tempat kerana ia bukan saja mencemarkan alam sekitar malah menjatuhkan imej negara,” katanya.

Setakat ini, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengeluarkan sebanyak 1,342 Notis Pemberitahuan Kesalahan di tujuh negeri atas kesalahan membuang sampah kecil melibatkan 1,058 warganegara dan 284 warga asing.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2538654