Pemilik syarikat Mohamad Rohaizad Rafire Mohamad, 30, didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan kelulusan kouta tenaga kerja asing pada 2023.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pemilik syarikat, Ali Mohamad, 63, (dua, kanan) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen shah alam kerana mengemukakan dokumen Surat Tawaran (LOA) palsu bertarikh 24 Okt 2022 kepada seorang Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor bagi mendapatkan kelulusan kuota tenaga kerja asing.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pemilik syarikat Abdol Razak Nawab Din mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berkaitan urusan pekerja asing kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 2023.
Abdol Razak, 69, didakwa dengan dua pertuduhan kerana dengan curangnya mengemukakan dokumen palsu itu kepada pegawai JIM pada 11 Mei 2023 dan 2 Jun 2023 di JIM Selangor, Kompleks PKNS.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pemilik syarikat Noor Hidayani Jailani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berkaitan urusan pekerja asing kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 2023.
Noor Hidayani, 41, didakwa dengan curangnya mengemukakan dokumen palsu itu kepada pegawai JIM pada 22 Mei 2023 di JIM Selangor, Kompleks PKNS.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
JENAYAH & MAHKAMAH
Pemilik Syarikat Didenda Rm20,000 Kemuka Dokumen Palsu Berkaitan Tenaga Kerja Asing